1. AT ( Advanced Technology )
Fig. 3. Jenis papan induk AT.
Terdapat dua jenis AT iaitu AT dan Baby AT. Perbedaannya dapat dilihat dari segi ukuran papan. Papan AT mempunyai keluasan 12 inci. Ia merupakan papan yang digunakan untuk komputer-komputer seperti 386 dan lebih awal daripadanya. Baby AT digunakan dengan meluas pada masa kini. Hampir kesemua papan induk socket 7 dan beberapa papan induk Pentium I menggunakan BabyAT. Sizenya lebih kecil dan memudahkan kerja pemasangan kerana ruangnya lebih luas. Terdapat tiga lubang yanag membingkaikan papan induk di tempatnya.
Papan induk bentuk AT mempunyai port selari dan bersiri yang disambungkan ke “case” pada slot tambahan. Ia dihubungkan ke papan induk melalui kabel. Terdapat juga satu penghubung keyboard yang dimeterikan ke atas papan induk pada bahagian papan induk. Di antara kelemahan AT adalah “layoutnya”. Ini adalah kerana port-port seperti COM1, COM2, Port Printer, USB, PS/2, Mouse dan lain-lain adalah disambungkan ke papan induk. Ini memerlukan kabel-kabel yang banyak. “Case” menjadi sempit dan menyukarkan kerja pemasangan dan sebagainya.
Reka bentuk AT tidak menghasilkan penyejukan pada sistem dengan baik. Angin tidak disebarkan ke kawasan yang memerlukannya dan angin yang disebarkan juga mempunyai habuk karena sistem peredaran udara yang tidak sempurna karena ruang yang sempit. “AT power supply” akan berhabuk dan masuk ke dalam sistem lalu membentuk lapisan habuk di dalam sistem.
Fig.4. Jenis papan induk Baby AT
2. ATX ( Advanced Technology Extra )
ATX telah dikeluarkan oleh Intel pada 1995. Hampir kesemua papan induk Pentium II menggunakan ATX. Ia mengatasi kekurangan yang ada pada AT. Terdapat kelebihan pada ATX iaitu ia mempunyai “Integrated PS/2 Mouse Connected”. ATX mengurangkan tindanan di antara papan induk dan drives. Ini memudahkan capaian ke seluruh papan induk tanpa perlu membuka drive. Ia juga mengurangkan kepanasan.
Mengurangkan halangan di antara pemproses dan kad-kad. Pemproses diubah di hadapan papan berhampiran slot-slot di bahagian belakang, di atas papan berhampiran dengan pembekal kuasa. Ini bermakna pemasangan sepenuhnya kad-kad tambahan ke slot lebih mudah tanpa memanaskan CPU atau “heat sink”.
Penghubung kuasa yang mudah digunakan. ATX menggunakan 20 pin penghubung untuk disambungkan ke papan induk. Penghubung ATX di”key” agar ia berfungsi dengan cara yang betul. Ia mengelakkan pembakaran papan akibat daripada kesilapan pemasangan papan induk. Penyejukan yang lebih baik. “ATX power supply” menghamburkan angin ke dalam “case”. Ini bermakna angin akan menghambur keluar dari lubang-lubang pada “case” bagi mengelakkan habuk daripada terkumpul.
Papan induk direka untuk menerima kuasa 3.3V secara terus dari pembekal kuasa. Ini mengelakkan penggunaan “voltage regulator” pada papan induk untuk mengurangkan voltan dari 5V ke 3.3V. Ia bersifat automatik. ATX “power supply” boleh dikawal melalui software. Ini adalah kerana voltan yang rendah sentiasa melaluinya. Komputer berupaya untuk beroperasi pada masa yang ditentukan dan melaksanakan beberapa arahan yang diberikan kepadanya. Sesetengah papan induk ATX mempunyai kelebihan untuk melaksanakan sistem dengan menekan spacebar pada keyboard. Prosedur “shut down” adalah secara otomatik,
contohnya apabila pengguna komputer Window 95 memilih untuk “shut down”, komputer akan melaksanakan arahan tesebut.
Fig. 5 Jenis papan induk ATX
Jadwal Menunjukkan Perbedaan Antara Kedua-dua Jenis Papan Induk
Perkara AT ATX
1. Bilangan pin penyambung kuasa 12 (6 + 6) 20 (10 + 10)
2. Kedudukan Expansion Slot Selari dengan soket SIMM/DIMM Tegak betul dengan soket SIMM/DIMM
3. BTX (Balanced Technology Extension).
Saat ini, Intel juga mengeluarkan standar BTX (Balanced Technology Extension). namun, pasar belum tertarik untuk menggunakannya.
0 komentar:
Posting Komentar